Perkakasan komputer

Komputer peribadi yang serba lengkap
Pencetak Canon

Perkakasan komputer atau peranti komputer merujuk kepada bahagian-bahagian fizikal[1] membentuk suatu unit komputer yang lengkap berbanding dengan perisian yang berupa arahan atau maklumat yang dilaksanakan untuk menjanakan kerja. Bahagian-bahagian yang "keras" ini dipasangkan litar elektronik dan adakala juga bahan mekanikal.[1]

Kadangkala perbezaan perkakasan (hardware) dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk kepada perisian tegar (firmware). Perisian tegar ialah perisian yang dipasang ke dalam perkakasan, ia amat jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan dalam ingatan baca sahaja (ROM).

Kebanyakan perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh pengguna biasa. Ia merupakan sebahagian dari sistem terbenam yang digunakan dalam kenderaan, ketuhar gelombang mikro, mesin elektrokardiograf, pemain cakera padat dan banyak lagi. Komputer peribadi, perkakas yang paling biasa pada kebanyakan orang, merupakan cuma sebahagian kecil perkakasan komputer (kira-kira 0.2% dari semua komputer baru pada 2003).

Senarai perkakasan yang ada

Komputer peribadi yang tipikal mengandungi komponen perkakasan seperti berikut:

  • Papan induk (motherboard)
    • Unit pemprosesan pusat (CPU) dan kipasnya
    • Ingatan capaian rawak (RAM)
    • Basic Input/Output System atau BIOS
    • Slot bas komputer:
      • PCI
      • PCI-E
      • USB
      • HyperTransport
      • CSI (dijangka mulai 2008)
      • AGP (makin kurang)
      • ISA, EISA, VLB (tidak digunakan lagi).
  • Bekalan kuasa komputer - peti yang mengandungi transformer, pengawal voltan dan kipas.
  • Pengawal storan bagi IDE, SATA, SCSI dan storan lain, yang mengawal cakera keras, cakera liut, CD-ROM dan pemacu lain. Boleh terletak pada papan induk atau kad tambahan.
  • Pengawal video yang mengeluarkan output untuk monitor komputer. Boleh disekalikan dengan papan induk atau dipasang pada slot sendiri (PCI, PCI-E atau AGP), memerlukan kad grafik.
  • Pengawal bas komputer (port selari, bersiri, USB, FireWire) bagi menyambung komputer dengan perkakasan luaran seperti pencetak atau pengimbas.
  • Satu atau lebih media boleh ditanggalkan:
  • Storan dalaman
    • Cakera keras - storan jangka sederhana
    • Pengawal cakera, contohnya RAID.
  • Kad bunyi.
  • Perangkaian - untuk menyambung komputer ke Internet/komputer lain
  • Persisian lain seperti kad penala TV.

Selain itu, perkakasan juga boleh termasuk komponen luaran PC seperti:

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 64. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)

Pautan luar

  • (Melayu) Ensiklokamus Teknologi Maklumat: Perkakasan komputer secara ringkas Diarkibkan 2008-06-05 di Wayback Machine
  • Artikel Perkakasan Komputer
  • http://wiki.debian.net/index.cgi?Hardware Diarkibkan 2004-08-22 di Wayback Machine
  • iconPortal Sains komputer
  • l
  • b
  • s
Perkakasan komputer
Papan induk
Unit pemprosesan pusat (CPU) • Ingatan capaian rawak (RAM) • Ingatan baca sahaja (ROM) • BIOS PCI • PCI Express • USB HyperTransport • CSI • AGP • ISA • EISA • VLB • Papan induk
Pengawal storan
IDE SATA • RAID SCSI • CD-ROM CD-RW • DVD-ROM DVD-R • DVD-RAM • DVD-RW • Perakam DVD BD-ROM • Perakam BD
Pengawal video/bunyi
Pengawal bas
Port selari Port bersiri USB FireWire
Pengawal lain
Media
CD DVD BD Cakera liut Cakera keras HD DVD Pemacu kilat USB Kad ingatan Pemacu Zip • Pemacu pita • Ingatan kilat
Rangkaian
Modem Kad antara muka rangkaian Bilik pelayan Ladang pelayan
Peranti masukan
Papan kekunci • Tetikus Bebola jejak Kayu ria Pengimbas
Peranti keluaran
Perkakasan lain