Kipas komputer

Set 4 kipas piawaian industri 80 mm, paling biasa digunakan dalam komputer peribadi.

Kipas komputer merujuk kepada sebarang kipas dalam kelonsong komputer digunakan bagi tujuan menyejukkan, dan mungkin merujuk kepada kipas yang menarik udara sejuk dari luar ke dalam kelonsong, menyingkir udara panas dari dalam, atau mengerakkan udara melalui penenggelam haba untuk menyejukkan komponen tertentu. Kegunaan kipas atau sebarang perkakasan bagi menyejukkan komputer kadang-kala dikenali sebagai pendinginan aktif.

Antara jenama kipas komputer ialah Akasa, Arctic Cooling, Delta, Nexus, Noctua, NorthQ, ebm-papst, Scythe, dan Zalman.

Penggunaan

Apabila laju jam (clock speed) dan penggunaan kuasa unit pemprosesan pusat, kad grafik, RAM serta komponen lain dalam komputer meningkat, jumlah haba yang dihasilkan oleh komponen ini sebagai kesan sampingan beroperasi turut meningkat. Suhu komponen ini perlu dikekalkan dalam julat boleh diterima bagi mengelakkan panas terlampau, tidak seimbang, dan kerosakan yang mendorong kepada tempoh hayat komponen yang singkat.

Sementara dalam komputer awal adalah mungkin untuk menyejukkan kebanyakan komponen menggunakan olahan (pendinginan pasif), penyejukan lebih berkesan menjadi keperluan bagi kebanyakan komponen. Untuk menyejukkan komponen ini, kipas digunakan bagi mengerakkan udara panas dari komponen dan menarik udara sejuk melaluinya. Kipas yang dilekatkan pada komponen biasanya digunakan dengan gabungan penenggelam haba bagi meningkatkan kawasan permukaan yang terdedah bagi olahan haba, dengan itu meningkatkan keberkesanan penyejukan.

Dalam pasaran komputer serasi IBM, unit bekalan kuasa komputer (PSU) sentiasa menggunakan kipas ekzos untuk menyingkir udara panas dari PSU. Penyejukan aktif pada CPU mula muncul dengan Intel 80486, dan menjelang 1997 merupakan piwaian bagi kesemua pemproses komputer meja[1]. Cesi atau kelonsong kipas, biasanya satu kipas ekzos bagi menyingkir udara panas ke belakang dan pilihan bagi kipas menyedut udara sejuk melalui hadapan, menjadi biasa dengan ketibaan Pentium 4 pada akhir 2000[1]. Kipas ekzos ketiga pada sisi PC sering kali terletak atas CPU, juga menjadi kebiasaan. GPU (unit pemproses grafik) bagi kebanyakan kad grafik moden memerlukan penenggelam haba dan kipas. Dalam sesetengah kes, cip northbridge pada papan induk memerlukan kipas dan penenggelam haba. Komponen lain seperti RAM dan cakera keras juga boleh disejukkan secara aktif. Sungguhpun begitu, sehingga tahun 2007, penggunaan kipas bagi RAM dan cakera padat bukan sesuatu yang biasa. Keberadaan lima atau lebih kipas dalam PC moden ialah suatu perkara yang biasa sekarang. Aplikasi penyejuk RAM paling biasa ialah penenggelam haba RAM yang dilekatkan pada RAM itu sendiri. [1]

Aplikasi kipas penyejuk

Kipas komputer 80 mm.
Kipas penyejuk XBOX 70 mm.

Dipasang pada kelonsong

Digunakan untuk mengudarakan kelonsong komputer. Komponen dalam kelonsong yang menggunakan penyejukan aktif tidak mampu menyingkir haba dengan berkesan sekiranya udara di sekeliling terlampau panas. Kipas kelonsong mengedar udara melalui kelonsong, biasanya menyedut udara luar yang lebih sejuk melalui hadapan (di mana ia barangkali turut disedut melalui rak cakera keras dalaman) dan disingkir di belakang. Terdapat juga kipas ketiga di tepi atau di atas bagi menyedut udara luar ke kawasan CPU, yang biasanya merupakan penjana haba tunggal terbesar. Kipas kelonsong biasanya berukuran 80 mm, 92 mm atau 120 mm setiap sisi. Oleh kerana kipas kelonsong sering kali bentuk penyejukkan PC paling jelas kelihatan, kipas berhias tersedia secara meluas dan boleh dihiasi dengan LED atau dihasilkan dengan plastik reaktif-UV. Jaring berhias juga biasa. Kipas berhias adalah terkenal dengan pencinta kelonsong (case modders). Penapis udara juga sering digunakan bersama kipas penyedut bagi menghalang habuk daripada memasuki kelonsong.

Rujukan

  1. ^ a b Mueller, Scott 2005. Upgrading and Repairing PCs. Que Publishing. 16th edition. pp 1274-1280

Pautan luar

  • 4-Wire Pulse Width Modulation (PWM) Controlled Fans Revision 1.3
  • Selamat datang ke ebm-papst
  • iconPortal Sains komputer
  • l
  • b
  • s
Perkakasan komputer
Komputer
Papan induk
Unit pemprosesan pusat (CPU) • Ingatan capaian rawak (RAM) • Ingatan baca sahaja (ROM) • BIOS • PCI • PCI Express • USB • HyperTransport • CSI • AGP • ISA • EISA • VLB • Papan induk
Pengawal storan
IDE • SATA • RAID SCSI • CD-ROM CD-RW • DVD-ROM DVD-R • DVD-RAM • DVD-RW • Perakam DVD BD-ROM • Perakam BD
Pengawal video/bunyi
Pengawal bas
Port selari Port bersiri USB FireWire
Pengawal lain
Media
CD DVD BD Cakera liut Cakera keras HD DVD Pemacu kilat USB Kad ingatan Pemacu Zip • Pemacu pita • Ingatan kilat
Rangkaian
Modem Kad antara muka rangkaian Bilik pelayan Ladang pelayan
Peranti masukan
Papan kekunci • Tetikus Bebola jejak Kayu ria Pengimbas
Peranti keluaran
Perkakasan lain
Kipas • Bekalan kuasa Kad penala TV UPS