Kad penala TV

Kad penala TV Hauppauge WinTV.
Kad penala siaran DVB-S2.
Kad penala TV kabel luaran

Kad penala televisyen adalah perkakasan komputer yang membolehkan sesebuah komputer menerima siaran televisyen. Kebanyakan kad penala TV turut berfungsi sebagai kad penangkap video, membolehkan siaran televisyen dirakam pada cakera keras.

Kad penala TV boleh didapati dalam bentuk sambungan PCI ataupun sambungan USB. Sebuah kad penala mengendungi penerima isyarat, penala, penyahmodulasi, dan penukar analog-ke-digital bagi siaran TV analog. Kebanyakan penala TV hanya boleh menyiarkan format TV yang terhad kepada format yang digunakan oleh negara sasaran tertentu sahaja. Ada juga penala TV yang mempunyai ingatan kilat yang cukup besar untuk memuatkan perisian tegar (firmware) bagi pelbagai format siaran TV. Kebanyakan kad penala TV boleh juga berfungsi sebagai radio FM.

Kad penala TV terbahagi kepada 4 jenis:-

  • Kad penala TV analog - khusus untuk menerima siaran TV analog serta perlu ditukarkan ke format digital; lazimnya dilakukan oleh CPU. Model yang lebih mahal turut mengandungi pengekod MPEG, mengurangkan beban pada CPU. Kebanyakan kad jenis ini turut mempunyai fungsi radio FM.
  • Kad penala TV digital - memandangkan siaran TV analog sudah pun tersedia dalam format MPEG, maka tiada pengekod MPEG diperlukan pada penala jenis ini.
  • Kad penala hibrid - mempunyai 2 penala untuk kedua-dua TV analog dan digital.
  • Kad penala kombo - Hampir sama seperti kad penala hibrid, tetapi bezanya kad penala kombo hanya menggunakan satu penala sahaja bagi menerima kedua-dua siaran TV analog dan digital.

Lihat juga

  • Televisyen
  • Perkakasan komputer

Pautan luar

  • Perbandingan antara pelbagai kad penala TV
  • iconPortal Sains komputer
  • l
  • b
  • s
Perkakasan komputer
Komputer
Papan induk
Unit pemprosesan pusat (CPU) • Ingatan capaian rawak (RAM) • Ingatan baca sahaja (ROM) • BIOS • PCI • PCI Express • USB • HyperTransport • CSI • AGP • ISA • EISA • VLB • Papan induk
Pengawal storan
IDE • SATA • RAID SCSI • CD-ROM CD-RW • DVD-ROM DVD-R • DVD-RAM • DVD-RW • Perakam DVD BD-ROM • Perakam BD
Pengawal video/bunyi
Pengawal bas
Port selari Port bersiri USB FireWire
Pengawal lain
Media
CD DVD BD Cakera liut Cakera keras HD DVD Pemacu kilat USB Kad ingatan Pemacu Zip • Pemacu pita • Ingatan kilat
Rangkaian
Modem Kad antara muka rangkaian Bilik pelayan Ladang pelayan
Peranti masukan
Papan kekunci • Tetikus Bebola jejak Kayu ria Pengimbas
Peranti keluaran
Perkakasan lain
Kipas Bekalan kuasa Kad penala TV • UPS