The Message (filem 1976)

The Message
Mohammad, Messenger of God
Kulit DVD
PengarahMoustapha Akkad
PenulisH.A.L. Craig
Dihasilkan olehMoustapha Akkad
DibintangiAnthony Quinn
Irene Papas
Michael Ansara
Johnny Sekka
Michael Forest
Muzik olehMaurice Jarre
Diedarkan olehFilmco International Productions Inc.
Masa tayangan
177 minit
Bahasabahasa Inggeris
bahasa Arab
Bajet$10,000,000

Mohammad, Messenger of God (Muhammad, Utusan Tuhan) (dijudulkan kembali The Message untuk pengeluaran A.S.) (1976) adalah sebuah filem diarah oleh Moustapha Akkad, membabadkan kisah awal perkembangan Islam ketika zaman Nabi Muhammad. Dikeluarkan dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris (nama Arab adalah الرسالة-- Ar Risalah), Muhammad, Utusan Tuhan berkhidmat menjadi suatu pengenalan pada sejarah awal Islam. Walaupun wayang ini berkisar sekitar Muhammad, gambarnya tidak ditunjuk sepanjang wayang, dengan menghormati adat-adat Islam yang melarang sebarang imej nabi dan para sahabat baginda. Sebaliknya para pelakon dibiar untuk bercakap ke arah kamera yang dijadikan gambaran sudut pandang baginda dan sahabat baginda sendiri.

Ketepatan filem ini telah disahkan sendiri oleh ahli sarjana dan sejarah Islam Universiti Al-Azhar, Kaherah, dan Kongres Islam Tertinggi Syiah di Lubnan.

Barisan pelakon

Terdapat dua barisan pelakon yang berbeza untuk dua-dua versi bahasa Inggeris dan Arab filem ini:

Versi bahasa Inggeris

  • Anthony Quinn sebagai Hamza
  • Irene Papas sebagai Hindun binti Utbah
  • Michael Ansara sebagai Abu Sufyan bin Harb
  • Johnny Sekka sebagai Bilal bin Rabah
  • Michael Forest sebagai Khalid bin al-Walid
  • André Morell sebagai Abu Talib
  • Garrick Hagon sebagai Ammar bin Yasir
  • Damien Thomas sebagai Zayd
  • Martin Benson sebagai Abu Jahal
  • Robert Brown sebagai Utbah bin Rabi'ah
  • Rosalie Crutchley sebagai Sumayyah
  • Bruno Barnabe sebagai Umayyah bin Khalaf
  • Neville Jason sebagai Ja'afar bin Abi Talib
  • John Bennett sebagai Salul
  • Donald Burton sebagai 'Amr ibn al-'As
  • Earl Cameron sebagai Al-Najashi
  • George Camiller sebagai Walid bin Utbah
  • Nicholas Amer sebagai Suhayl bin Amr
  • Ronald Chenery sebagai Mus`ab bin `Umair
  • Michael Godfrey sebagai Baraa'
  • John Humphry sebagai Ubaydah
  • Ewen Solon sebagai Yasir
  • Wolfe Morris sebagai Abu Lahab
  • Ronald Leigh-Hunt sebagai Heraclius
  • Leonard Trolley
  • Gerard Hely sebagai Sinan
  • Habib Ageli as Hudhayfah
  • Peter Madden
  • Hassan Joundi sebagai Khosrau II
  • Abdullah Lamrani sebagai Ikrimah
  • Elaine Ives-Cameron sebagai Arwa
  • Mohammad Al Gaddary
  • Ahmad Marey

Versi bahasa Arab

  • Abdullah Gaith sebagai Hamza
  • Muna Wassef sebagai Hind
  • Hamdi Ghaith sebagai Abu Sufyan ibni Harb
  • Ali Ahmed Salem sebagai Bilal
  • Mahmoud Said sebagai Khalid
  • Ahmad Marey sebagai Zayd
  • Mohammad Larbi sebagai Ammar
  • Hassan Joundi sebagai Abu Jahl
  • Sana' Jamil sebagai Sumayyah
  • Martin Benson sebagai Khosrau II
  • Damien Thomas

Nabi Muhammad mahupun keluarga terdekat seperti Ali bin Abi Talib langsung tidak digambarkan melainkan terselindung memegang barang tertentu (misalnya hanya kelihatan memegang tongkat atau pedang).

Penghasilan

Akkad menghadapi rintangan dari pihak Hollywood sendiri untuk membuat filem tentang asal usul Islam dan terpaksa ke luar Amerika Syarikat untuk mendapatkan wang pembikinan filem ini. Filem ini telah diadakan penggambarannya di Libya dan Maghribi. Akkad melihat filem ini mampu merapatkan jurang antara dunia Islam dan Barat. Sementara Muhammad, Utusan Tuhan, dia berunding dengan para sarjana Islam dan cuba menunjukkan kehormatan terhadap Islam dan pandangannya pada penggambaran hidup nabi Islam, Muhammad.[perlu rujukan] Dia melihat filem itu sebagai suatu jalan untuk memberikan jambatan di antara dunia Barat dan Islam, menyatakan pada temuramah 1976:

"Saya membuat filem ini kerana ia adalah suatu yang peribadi untuk saya. Selain nilai-nilai pengeluarannya sebagai filem, ia ada ceritanya, komplotnya, sandiwaranya. Selain semua ini ada sesuatu yang peribadi, dengan saya menjadi seorang Islam sendiri yang telah tinggal di Barat saya merasa ia adalah tanggungjawab saya untuk menjelaskan yang sebenarnya tentang Islam. Ia adalah suatu agama dengan 700 juta pengikut, akan tetapi ia sangat sedikit dikenali yang mengejutkan saya. Saya fikir saya harus menjelaskan cerita itu yang akan membawa jambatan ini, ruangan ini ke barat."

Walau bagaimanapun, sesetengah pawagam masih menerima panggilan telefon dari mereka yang fikir filem itu menggusarkan Islam dengan menggambarkan Nabi secara fizik, walaupun Muhammad tidak ditunjuk di skrin.[perlu rujukan] Pada 9 Mac 1977, sekumpulan Muslim Hitam, dipimpin oleh Hamas Abdul Khaalis, merampas beberapa bangunan dan menculik 134 orang tebusan di Washington, D.C..[1] Tindakan mereka berkenaan dengan pertikaian taifah di dalam masyarakat Muslim Hitam.[perlu rujukan] Salah satu desakan mereka adalah untuk menghalam pengeluaran filem ini. Salah seorang pengganas berkata "dia mahu suatu jaminan dari seluruh dunia yang filem ini tidak akan ditunjukkan" atau mereka akan membunuh beberapa orang tebusan".[2] Akkad menunjukkan filem kepada para pengganas, dan juga mengatakan bahasa dia akan membakarnya kalau mereka membencinya.[perlu rujukan]

Filem itu juga dicalonkan untuk sebuah Oscar pada 1977 untuk Muzik Terbaik, Skor Asli untuk muziknya oleh Maurice Jarre[3].

Galeri petikan

  • Gambaran Kota Makkah dalam filem
    Gambaran Kota Makkah dalam filem
  • Gambaran Madinah dalam filem
    Gambaran Madinah dalam filem
  • Gambaran Perang Uhud
    Gambaran Perang Uhud
  • Penaklukan Kota Mekah
    Penaklukan Kota Mekah

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ http://www.globalsecurity.org/military/intro/islam-hanafi.htm
  2. ^ http://openweb.tvnews.vanderbilt.edu/1977-3/1977-03-09-NBC-2.html
  3. ^ [1]

Pautan luar

  • The Message - 30th Anniversary Edition Diarkibkan 2006-05-16 di Wayback Machine Review at DVDTalk.Com by Stuart Galbraith IV.
  • The Message: Review by Mark Campbell at DVD Times.
  • Message, The (Muhammad, Messenger of God) by John Nesbit at ToxicUniverse.Com
  • Ulasan filem oleh Mark Deming di New York Times.
  • l
  • b
  • s
Gambaran Nabi Muhammad
Sejarah
Kontroversi
  • Krtikan terhadap Muhammad
  • Kitikan terhadap Hadith
  • Tindak balas terhadap Innocence of Muslims
  • Bantahan Chennai terhadap Innocence of Muslims
  • Kontroversi lukisan Nabi Muhammad Lars Vilks
  • Everybody Draw Mohammed Day
  • Kontroversi kartun Nabi Muhammad Jyllands-Posten (Kategori)
  • (Keterangan kartun
  • Akibat ekonomi dan sosial
  • Tindak balas antarabangsa
  • Senarai surat khabar yang mencetak semula kartun
  • Pandangan
  • Garis masa)
  • Asmaa Abdol-Hamid
  • Ahmed Akkari
  • Akkari-Laban dossier
  • Charlie Hebdo
  • Amir Abdur Rehman Cheema
  • Pengeboman kedutaan Denmark di Islamabad 2008
  • El Fagr
  • Islamisk Trossamfund
  • Islamist demonstration outside Danish Embassy in London in 2006
  • Pertandingan kartun antisemitik Israel
  • Umran Javed
  • Naser Khader
  • Omar Khayam
  • Ahmad Abu Laban
  • Manifesto: Together Facing the New Totalitarianism
  • Flemming Rose
  • Mohamad Al-Khaled Samha
  • Andrea Santoro
  • Vebjørn Selbekk
  • Kurt Westergaard
Buku
  • Senarai biografi Muhammad (Kategori)
  • Sirah Rasul Allah
  • Shama'il Muhammadiyah
  • Sirat-un-Nabi
  • Al-Sira Al-Nabawiyya (Ibn Kathir)
  • Al-Khasais-ul-Kubra
  • Siyer-i Nebi
  • Ar-Raheeq Al-Makhtum
  • Vita Mahumeti
  • Inferno (Dante)
  • Mahomet (play)
  • Muhammad: A Biography of the Prophet
  • Muhammad: A Prophet for Our Time
  • Muhammad: The "Banned" Images
  • The Cartoons that Shook the World
  • The Jewel of Medina
  • Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources
  • The Quest for the Historical Muhammad (Ibn Warraq)
  • Khutbat-e-Madras
  • The Life and Religion of Mohammed
  • Muhammad (book)
  • Muhammad at Mecca
  • Muhammad at Medina (book)
  • The Truth About Muhammad
Filem (Kategori)
  • Muhammad: Legacy of a Prophet
  • Muhammad: The Last Prophet
  • Mohammad, Messenger of God / The Message
  • Islam: Empire of Faith
  • Innocence of Muslims
Televisyen
Siri drama dan dokumentari
  • Super Best Friends
  • Cartoon Wars Part I
  • Cartoon Wars Part II
  • 200
  • 201
  • Kategori Kategori
  • Wikimedia Commons category
  • Portal