Stesen MRT Little India

 NE7  DT12 
Little India MRT Station
小印度地铁站
லிட்டில் இந்தியா
Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT)
Platform DTL
Lokasi60 Bukit Timah Road
Singapore 229900
Koordinat1°18′24″N 103°50′57″E / 1.306725°N 103.849175°E / 1.306725; 103.849175
Laluan
PlatformPlatform tengah
Trek2
SambunganBas,Taxi
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
Tingkat platform2
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
Kod stesenNE7/DT12
Sejarah
Dibuka20 Jun 2003 (North East Line)
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   MRT   Stesen berikutnya
menghala ke HarbourFront
Laluan North East
menghala ke Punggol
Newton
menghala ke Bukit Panjang
Laluan Downtown
Rochor
menghala ke Expo
Lokasi
Map

Stesen Pengangkutan Gerak Cepat Little India(English:Stesen MRT Little India, Tamil:லிட்டில் இந்தியா) ialah stesen pertukaran Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Mass Rapid Transit/MRT) bawah tanah di laluan Laluan MRT Timur Laut (NEL) dan Laluan MRT Pusat Bandar (DTL). Stesen ini terletak di persimpangan Jalan Bukit Timah dan Jalan Race Course, di sempadan kawasan perancangan Kallang dan Rochor, Singapura.

Stesen ini memberi perkhidmatan kepada kawasan enklave etnik Little India (லிட்டில் இந்தியா), dan berada dalam jarak berjalan kaki ke lokasi utama seperti Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau , Pusat Tekka (தேக்கா நிலையம்), dan ibu pejabat Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Ciri-Ciri Stesen

Stesen Little India merupakan stesen pertukaran MRT di laluan NEL dan DTL. Di laluan NEL, stesen ini terletak di antara stesen Dhoby Ghaut (டோபி காட்) dan Farrer Park, manakala di laluan DTL, stesen ini terletak di antara stesen Newton dan Rochor. Kod stesen ini ialah NE7/DT12.[1]Stesen ini melayani kawasan Little India, dan terletak berdekatan dengan beberapa lokasi penting seperti Albert Court, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK, Pasar Tekka, Kuil Shree Lakshminarayan dan Kuil Sri Veeramakaliamman. Stesen ini juga berdekatan dengan pejabat LTA Hampshire dan Ibu Pejabat Polis Tanglin.[2]

Direka untuk mencerminkan tradisi India[3] , dinding stesen NEL mempunyai jeriji besi bercorak daun yang menyerupai corak pintu bilik sembahyang Hindu. [4] Stesen NEL ini juga berfungsi sebagai tempat perlindungan Pasukan Pertahanan Awam Singapura.[5][6] ia direka untuk menempatkan sekurang-kurangnya 7,500 orang dan menahan serangan udara serta bahan kimia. Peralatan penting untuk operasi di tempat perlindungan CD dipasang pada penyerap hentakan bagi mengelakkan kerosakan semasa pengeboman. Apabila bekalan elektrik ke tempat perlindungan terputus, generator sandaran akan berfungsi untuk memastikan operasi terus berjalan.

Stesen DTL pula direka oleh Architects61 dengan tema fabrik mengalir yang diinspirasikan oleh sari India, bagi mencerminkan warisan kawasan Little India.Platfom NEL dan DTL boleh diakses oleh pengguna kerusi roda.

Rujukan

  1. ^ "MRT System Map" (PDF). Land Transport Authority. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 15 November 2022. Dicapai pada 14 December 2022.
  2. ^ "Train Service Information". SBS Transit. Dicapai pada 13 June 2024.
  3. ^ Leong 2003, m/s. 115.
  4. ^ Chew, Seng Kim; Veow, Stephanie; Fang, Joyce; Wong, Kwai Chow (7 August 2002). "Local Flavour for Stops Along N-E Line" (PDF). The Straits Times. Singapore Press Holdings. m/s. 8. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 13 June 2024. Dicapai pada 13 June 2024.
  5. ^ "Chemical attack? Clean-up at N-E line". The Straits Times. 14 February 2003.
  6. ^ "List of Public CD shelters as of 31 Dec 2019" (PDF). Singapore Civil Defence Force. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 3 September 2021. Dicapai pada 3 September 2021.

Bibliography

  • Feng, Zengkun (2017). Downtown Line: Soaring to new heights. Singapore: Straits Times Press Pte Ltd. ISBN 978-981-4747-66-0. OCLC 1003852882.
  • Leong, Chan Teik (2003). Getting there: The story of the North East Line. Singapore: Land Transport Authority. ISBN 981-04-5886-X. OCLC 53383062.
  • Tan, Su Yen (2003). Art in transit: North East Line MRT. Singapore: Land Transport Authority. ISBN 981-04-7384-2. OCLC 52771106.
  • Zhuang, Justin; Soh, Darren (2022). Art in Transit: Downtown Line Singapore. Singapore: Land Transport Authority. ISBN 978-981-18-3967-2. OCLC 1342054525.

[[