S. Rosley
S. Rosley | |
---|---|
Kelahiran | Syed Ahdross Bin Syed Ahmad Alqadry 1943 ![]() |
Meninggal dunia | 25 Januari 2017 (berumur 73–74) Hospital Besar Changi, Singapura |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
Tahun aktif | 1964–1972 |
Majikan | Malay Film Productions Merdeka Film Productions |
Pasangan | Fauziah Zie |
Anak-anak | Ruziq Ahdross Fido Ahdross Shariffah Fathin Ahdross |
S. Rossley (dilahirkan sebagai Syed Ahdross Bin Syed Ahmad Alqadry; 1943 – 25 Januari 2017) merupakan seorang pelakon filem Melayu yang popular pada 1960-an. Mula berlakon menerusi filem Anak Buloh Betong (1967) dan Lampong Karam arahan S. Kadarisman, diikuti filem Dang Lenggang (1972). Beliau turut berlakon dalam filem Darma Kesuma (1967) bersama Dayang Sulu.
Penglibatan dalam karier seni
S. Rosley melibatkan diri dalam Pesta Drama Sriwana pada tahun 1964 yang mana pengadil pesta tersebut adalah seniman S. Kadarisman yang mengambil beliau berlakon dalam lakonan pertamanya dalam filem Anak Buloh Betong.
Perkahwinan
S. Rosley pernah mendirikan rumahtangga bersama-sama dengan pelakon tempatan, Fauziah Zie dan dikurniakan empat orang anak iaitu Syed Khairuzaad, Syed Mohamed Ruziq, Shariffah Fathinussalwa dan Syed Firdaus (Fido Ahdross) tetapi mereka berdua kemudian mengambil keputusan untuk berpisah secara baik sekitar 30 tahun lalu.
Meninggal dunia
S. Rosley menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 74 tahun di sini sekitar 1.40 pagi Rabu akibat Penginfarkan Miokardium Akut atau serangan jantung.[1][2]
Rujukan
Pautan luar
- S. Rosley di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)