Permintaan Terakhir

Permintaan Terakhir
PengarahJamil Sulong
Dibintangi
  • Ahmad Daud
  • Saadiah
  • Uji Rashid
  • Nozie Nani
  • Sonny Abdullah
  • Yusof Haslam
Syarikat
penerbitan
Merdeka Film Productions
Diedarkan olehShaw Organisation
Tarikh tayangan
1975
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Permintaan Terakhir adalah sebuah filem arahan Jamil Sulong dan penggambaran bermula oleh Studio Merdeka pada tahun 1974 dan mula ditayangkan pada 1975.

Sinopsis

Rohani dan Salina adalah adik-beradik tiri setelah bapa Rohani (Imran) dan ibu Salina (Saadiah) berkahwin. Mereka bersengketa sejak dari kecil sehinggalah meningkat dewasa, termasuklah merebut Iskandar, kekasih Rohani. Pada suatu hari, Salina a.k.a. Lynn diserang penyakit misteri semasa bercuti di Singapura. Akhirnya, Lynn mengetahui bahawa beliau menghidap penyakit barah otak yang serius. Diselubungi perasaan sedih dan mengetahui ajalnya bakal menjemput, sikapnya mula berubah. Lynn banyak mengalah, termasuklah melepaskan Iskandar kembali kepada Rohani. Tanpa disangka, ibunya Saadiah hamil. Dalam saat menghampiri kematian, Salina berdoa agar diberi peluang untuk melihat adik barunya buat kali pertama dan terakhir sebelum beliau menutup mata. Rahsia beliau menghidap barah otak diketahui oleh kakaknya Rohani sewaktu Salina sedang berdoa di atas sejadah. Salina berpesan kepada Rohani agar merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan kedua orang tua mereka. Hari yang ditunggu telah tiba, Saadiah telah melahirkan anak bongsunya dan Salina diserang penyakit itu semasa membuat pertunjukan pentas yang dikelolakan oleh Idham, teman seuniversiti yang juga menaruh perasaan terhadap Salina. Pada saat ajalnya sudah hampir, Lynn akhirnya diberi peluang untuk menatap adik bongsunya sebelum beliau meninggal dunia.

Pelakon

  • Ahmad Daud sebagai Imran
  • Saadiah sebagai Saadiah (dirinya sendiri)
  • Uji Rashid sebagai Salina/Lynn
  • Nozie Nani sebagai Rohani
  • Sonny Abdullah sebagai Iskandar
  • Yusof Haslam sebagai Idham
  • Noorizan sebagai Nenek
  • Haji Mahadi sebagai Datuk
  • Ali Rahman sebagai Doktor
  • Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Romo
  • Fauziah Ahmad Daud sebagai Salina kecil
  • Nora Shigim sebagai Rohani kecil

Anugerah dan pencalonan

  • Pertandingan: Festival Filem Asia Pasifik ke-21, 1975 (Jakarta)
  • Anugerah: Filem Tragedi Kampus Terbaik

Pautan luar