Penyiaran awam

Penyiaran awam (Jawi: ڤڽيارن عوامcode: ms is deprecated ) merangkumi perkhidmatan radio, television dan media elektronik lain yang menerima pembiayaan awam yang berbentuk dermaan, cukai khusus seperti yuran lesen televisyen atau pembiayaan terus dari kerajaan.

Penyiar awam tidak semestinya bersifat "bukan komersial." Di Malaysia, RTM sungguhpun banyak 9adibiayai kerajaan, tetapi juga memperoleh pendapatan dari penyiaran iklan dan penajaan rancangan. Di United Kingdom pula, Perbadanan Penyiaran British (BBC) dibiayai sepenuhnya oleh yuran lesen dan tidak dibenarkan menerima pembiayaan melalui iklan atau penajaan.

Penyiaran awam boleh meliputi seluruh atau sebahagian negara, bergantung pada keluasan negara dan stesen. Di sesetengah negara, penyiaran awam dikuasai oleh sebuah pertubuhan sahaja (seperti RTM di Malaysia, BBC di UK dan ABC di Australia). Di negara lain pula, wujudnya lebih daripada satu pertubuhan penyiaran awam yang meliputi kawasan-kawasan tertentu di negara atau berkumandang dalam bahasa-bahasa yang berbeza. Contohnya di Switzerland, penyiar awam SRG SSR idée suisse dibahagi kepada TSR (bahasa Perancis), SF (bahasa Jerman), RSI (bahasa Itali) dan RTR (bahasa Romansh). Di Amerika Syarikat, stesen penyiar awam sentiasa dilesenkan di peringkat tempatan, tetapi boleh bersekutu dengan rangkaian kebangsaan (seperti Public Broadcasting Service dan National Public Radio) atau kekal bebas.[1]

Dalam sejarah penyiaran kebanyakan negara, penyiaran awam merupakan satu-satunya bentuk penyiaran yang ada. Kini, wujudnya penyiaran swasta di negara-negara ini yang menimbulkan persaingan hebat kepada penyiar awam.[2]

Rujukan

  1. ^ "Public Broadcasting". Dictionary.com. Dictionary.com. Dicapai pada 23 April 2015.
  2. ^ "Public Broadcasting – Why, How?" (PDF). UNESCO & World Radio and Television Council. Dicapai pada 17 August 2011.

Nota

Petikan

  • Banerjee, Indrajit; Seneviratne, Kalinga, penyunting (2006), Public service broadcasting in the age of globalization, Asian Media Information and Communication Centre, ISBN 981-4136-01-8
  • Raboy, Marc (1995), Public broadcasting for the 21st century, Acamedia research monographs, 17, Indiana University Press, ISBN 1-86020-006-0
  • Linke, Benjamin (2016), Public Financing of Public Service Broadcasting and its Qualification as State Aid, Peter Lang, ISBN 978-3-631-66568-8
  • Price, Monroe Edwin; Raboy, Marc (2003), Public service broadcasting in transition: a documentary reader (PDF), Kluwer Law International, ISBN 90-411-2212-5, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-01-17, dicapai pada 2018-06-21

Pautan luar

  • The 100th Anniversary of Public Broadcasting
  • Public Broadcasting Map
  • Public Radio Map (in Portuguese)
  • A Model Public Service Broadcasting Law Diarkibkan 2005-10-31 di Wayback Machine, by ARTICLE 19
  • AIR, the Association for Independents in Radio
  • Current, the newspaper about public TV and radio in the United States
  • Public Radio Exchange, non-profit distribution, peer review and licensing
  • Public Radio Fan website, Public Radio Fan is a listing of public radio programs and stations worldwide.
  • Radio College, Internet Resources for Radio Journalists and Producers
  • Transom, A Showcase and Workshop for New Public Radio
  • Interview with public radio guru Jay Allison on the purpose of public media, on ThoughtCast.
  • Comparative Advantage – Some Considerations Regarding the Future of Public Media.
  • Access to the Airwaves: Principles on Freedom of Expression and Broadcast Regulation Diarkibkan 2006-01-04 di Wayback Machine
  • The Association of Public Television Stations
  • The Public Radio Program Directors Association
  • Ray Fitzwalter on public service broadcasting in Britain London Frontline Club, May 2008.
  • PSB-Digital: Research project about the adaptation of Public Service Broadcasting to new technologies.
  • The Public Polish Radio Program Directors Association