Pengalisan api

Pengalisan api dengan menyembur plaster berasaskan gipsum.
Pengutuhan litar talam kabel dengan menggunakan papan kalsium silikat.

Pengalisan api merupakan langkah perlindungan kebakaran pasif yang melibatkan kerja membuat sesebuah binaan atau bahan-bahannya menjadi lebih tahan kepada api, ataupun bahan-bahan berkenaan, ataupun tindakan memasangkan bahan-bahan tersebut. Istilah "kalis api" tidak semestinya bererti benda itu tidak akan terbakar langsung, tetapi berkenaan dengan sukatan prestasi dalam keadaan ujian dan penilaian tertentu. Pengalisan api tidak membolehkan benda yang dirawat itu tidak terjejas langsung oleh kebakaran, kerana bahan-bahan biasa tidak lali daripada kesan kebakaran pada keamatan atau jangka masa yang mencukupi.

Pasaran dan aplikasi

Berikut ialah antara sektor-sektor ekonomi yang paling memerlukan pengalisan api:

  • Pembinaan komersil, perumahan dan industri
    • Keluli binaan untuk mengawal suhu di bawah takat genting (kira-kira 540 °C)
    • Litar elektrik untuk mengawal litar elektrik genting di bawah suhu 140 °C supaya kekal beroperasi
  • Perkapalan
  • Pembinaan luar pesisir
    • Kontena Gas petroleum cair untuk mencegah BLEVE (letupan wap mengembang cecair mendidih)
  • Kambi saluran dan jambatan paip dalam kilang penapisan minyak atau loji kimia untuk mengawal suhu keluli binaan di bawah takat genting (kira-kira 540° C)
  • Aerodinamik
  • Dinding dan siling/lapik konkrit terowong
    • Lapik konkrit terowong lalu lintas
  • Perlombongan atas dan bawah tanah

Rujukan