Impian Georgia
Impian Georgia–Georgia Demokratik ქართული ოცნება – დემოკრატიული საქართველო | |
---|---|
Pemimpin | Bidzina Ivanishvili |
Ditubuhkan | 21 April 2012 |
Ibu pejabat | Tbilisi |
Warna | |
Laman sesawang | |
http://www.georgiandream.ge/ | |
Politik Georgia Parti politik Pilihan raya |
Impian Georgia–Georgia Demokratik (Bahasa Georgia: ქართული ოცნება–დემოკრატიული საქართველოcode: ka is deprecated , k'art'uli ots'neba–demokratiuli sak'art'velo) ialah sebuah parti politik di Georgia yang ditubuhkan pada 19 April 2012, melalui ikhtiar ahli politik dan usahawan jutawan Bidzina Ivanishvili.[1]
Walaupun baharu, parti ini berjaya menewaskan parti pemerintah Gerakan Nasional Bersatu dalam pilihan raya parlimen Georgia 2012. Mengikut keputusan awal, ia memenangi pilihan raya tersebut dengan 53% undi, manakala Gerakan Nasional Bersatu mendapat 42%. Presiden Mikheil Saakashvili telah mengakui kekalahan partinya, dan berjanji menyokong proses perlembagaan membentuk kerajaan baharu.[2][3]
Menyatukan parti pembangkang
Semasa penubuhannya, Impian Georgia berjaya menyatukan enam parti pembangkang bagi menghadapi pilihan raya 2012.
- Impian Georgia–Georgia Demokratik
- Parti Republikan Georgia
- Georgia Kami – Demokrat Bebas
- Forum Nasional
- Party Konservatif Georgia
- Industri Akan Menyelamatkan Georgia
Rujukan
Pautan luar
- Tapak rasmi