Force de dissuasion

Angkatan Tentera Perancis
Komponen
  • Tentera Udara Perancis
  • Tentera Darat Perancis
  • Tentera Laut Perancis
  • Gendarmerie
  • Garde Nationale
Pangkat
  • Lencana pangkat Tentera Darat Perancis
  • Lencana pangkat Tentera Laut Perancis
  • Lencana pangkat Tentera Udara Perancis
Sejarah
  • Sejarah ketenteraan Perancis
  • La Grande Armée
  • l
  • b
  • s

Force de frappe (Bahasa Perancis untuk: pasukan serangan), atau Force de dissuasion selepas tahun 1961,[1] adalah nama yang digunakan untuk senjata nuklear yang berpangkalan di darat, udara dan laut yang bertujuan bagi penghalangan, istilah Perancis untuk pencegahan. Angkatan Nuklear Perancis, sebahagian daripada Angkatan Tentera Perancis, adalah pasukan senjata nuklear ketiga terbesar di dunia, mengekori triad nuklear Persekutuan Rusia dan Amerika Syarikat.

Perancis telah menyahaktifkan semua peluru berpandu nuklear yang berpangkalan di darat. Pada 27 Januari 1996, Perancis menjalankan ujian nuklear terakhir (di Pasifik Selatan) sebelum menandatangani Perjanjian Larangan Ujian Nuklear Komprehensif (CTBT) pada September 1996. Pada Mac 2008, Presiden Nicolas Sarkozy mengesahkan laporan yang memberikan saiz sebenar simpanan senjata nuklear Perancis dan beliau mengumumkan Perancis akan mengurangkan simpanan senjata nuklear milik Tentera Udara Perancis sebanyak 30%, meninggalkan Force de Frappe dengan 290 kepala peledak.[2]

Selain program ketenteraan nuklearnya, Perancis mempunyai program nuklear masa aman yang besar dan merupakan antara salah sebuah generator kuasa nuklear terbesar di dunia.

Komponen

Komponen pangkalan darat

Perancis tidak lagi memiliki peluru berpandu nuklear berpangkalan di darat. Pangkalan IRBM di Plateau d'Albion (wilayah Vaucluse) telah dinyahaktifkan pada tahun 1999 dan peluru berpandunya disekerapkan. Semua unit-unit Tentera Darat Perancis dilengkapi dengan peluru berpandu jarak dekat seperti Pluton dan Hadès telah dibubarkan, peluru berpandunya disekerapkan dan bahan fissile nuklearnya di kitar semula.

Komponen pangkalan laut

Lihat juga: Force océanique stratégique
Redoutable, kapal selam peluru berpandu nuklear pertama Perancis.

Tentera Laut Perancis merangkumi cabang nuklear strategik, iaitu Force Océanique Stratégique, yang mengandungi sebanyak 5 buah Kapal selam peluru berpandu balistik yang berkuasa nuklear.

  • 6 buah Kapal selam kelas Redoutable, dilengkapi dengan 16 M4 IRBM memasuki perkhidmatan antara tahun 1971 dan 1985. Kapal selam terakhir, iaitu L'Inflexible (S 615), telah bersara dari perkhidmatan pada 2008.
  • 1 kapal selam Le Terrible (S 619) di tauliahkan pada 2010, dilengkapi dengan 16 biji peluru berpandu M51 yang lebih moden, berjaya di uji pada 2010.[3]
  • 3 buah kapal selam SSBN kelas Triomphant: iaitu Le Triomphant (S 616), Le Téméraire (S 617), Le Vigilant (S 618), dilengkapi dengan 16 biji peluru berpandu M45. Mereka akan dinaik taraf ke peluru berpandu M51 yang baru pada 2018, Le Vigilant akan menjadi yang pertama dinaik taraf, bermula pada 2011.[3]

Komponen pangkalan udara

Lihat juga: Forces aériennes stratégiques
Mirage 2000N

Armée de l'Air memiliki 75 buah ASMP peluru berpandu udara ke permukaan jarak sederhana dengan kepala peledak nuklear,[4] iaitu:

  • Kira-kira 50 biji boleh melengkapi Tentera Udara untuk dibawa oleh pesawat pelbagai guna jarak jauh Mirage 2000N. Detasmen serangan pesawat ini berpangkalan di Pangkalan Udara Luxeuil, Pangkalan Udara Istres dan Pangkalan Udara Avord. Sejak 1 Julai 2010, skuadron baru Rafale N (N untuk Nuklear) telah diumumkan beroperasi sepenuhnya sebagai EC 1/91 Gascogne di Saint-Dizier BA 113.
  • Kira-kira 15 lagi boleh melengkapi Aviation navale untuk dibawa oleh pesawat Rafale (versi M, untuk Marin) Tentera Laut Perancis. Pesawat ini berpangkalan darat di Pangkalan Udara Laut Landivisiau dan di atas kapal pengangkut pesawat Charles de Gaulle semasa di laut. Oleh itu mereka boleh dikendalikan secara fleksibel. Pesawat Rafale M juga dibenarkan untuk beroperasi dari kapal pengangkut pesawat Amerika.
  • 10 ASMP secara kekal dalam baik pulih dan dijadikan stok simpanan.

Lokasi-lokasi peluru berpandu nuklear adalah rahsia (walaupun banyak fasiliti simpanan sudahpun diketahui umum, jumlah kepala peledak didalamnya masih rahsia dan kerap berubah-ubah). Jarak pesawat serangan masa kini diperluaskan oleh KC-135 dan pada masa depan oleh armada pesawat penangki minyak Airbus A330 MRTT yang akan datang.

Pos Kawalan Jupiter

Pos Kawalan Jupiter adalah satu struktur dalam bunker Élysée Palace. Ia dilengkapi dengan alat-alat komunikasi dan perlindungan bagi membolehkan Presiden Perancis dan para penasihatnya mengurus situasi krisis dan sentiasa berhubung dengan entiti kerajaan lain, pos kawalan tentera dan kerajaan asing. Bunker ini dibina untuk Presiden Albert Lebrun pada 1940 semasa Perang Olok-Olok, dan Presiden Valéry Giscard d'Estaing mendirikan pos kawalannya pada 1978.

Lihat juga

Nota dan rujukan

  1. ^ Gunston, Bill. Bombers of the West. New York: Charles Scribner's and Sons; 1973. p104
  2. ^ "France to reduce nuclear arsenal, warns of Iran danger". 21 March 2008.
  3. ^ a b "Mer et Marine". Mer et Marine.
  4. ^ (Perancis) Centre de Documentation et de Recherche sur la Paix et les Conflits, Etat des forces nucléaires françaises au 15 août 2004

Bibliografi

  • (Perancis) Jean-Hugues Oppel, Réveillez le président !, Éditions Payot et rivages, 2007 (ISBN 978-2-7436-1630-4). The book is a fiction about the nuclear weapons of France; the book also contains about ten chapters on true historical incidents involving nuclear weapons and strategy (during the second half of the twentieth century).
  • l
  • b
  • s
Persenjataan nuklear Perancis
Peluru berpandu strategik
M1 · M2 · M20 · S3 · M4 · M45 · M51 · M5
Peluru berpandu pra-strategik
Pluton · Hadès · ASMP
Kepala peledak nuklear
AN-11 · AN-22 · AN-52 · MR 31 · MR 41 · MR 50 CTC · AN 51 CTC · AN 52 CTC · TN 60 · TN 61 · TN 70 · TN 71 · TN 75 · TN 80 · TN 81 · TN 90
Subjek-subjek berkaitan
Dasar pencegahan nuklear Perancis · FOST
Portal:
  •  Teknologi nuklear