Cliff De Young

Cliff De Young
Kelahiran (1946-02-12) 12 Februari 1946 (umur 78)[1]
Los Angeles, California

Clifford Tobin DeYoung (lahir 12 Februari 1946[1]) merupakan pelakon dan pemuzik Amerika Syarikat.

DeYoung dilahirkan di Los Angeles, California. Beliau pernah memasuki California State University.[2]

Sebelum bergelar pelakon, beliau pernah mengetuai kumpulan Clear Light, bersama The Doors, Jimi Hendrix, dan Janis Joplin. Selepas kumpulan tersebut berpecah, beliau mula berjinak-jinak dalam produksi Broadway, Hair (muzikal) dan Sticks and Bones. Selepas empat tahun di New York, beliau berpindah ke California untuk membintangi Sunshine (1973).

DeYoung juga pernah mebuat 18 filem dan siri TV, termasuklah The 3,000 Mile Chase (1977), Centennial (1978), The Rocky Horror Picture Show, dan Shock Treatment.


Rujukan

  1. ^ a b According to the State of California. California Birth Index, 1905-1995. Center for Health Statistics, California Department of Health Services, Sacramento, California. At Ancestry.com
  2. ^ Cliff De Young Biography - Yahoo! Movies

Pautan luar

  • Cliff De Young di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  • Cliff De Young di Pangkalan Data Broadway Internet
  • Rencana Cliff De Young di Memory Alpha, wiki Star Trek