Butang tekan
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/cf/%E3%83%9C%E3%82%BF%E3%83%B3_%2834903779075%29.jpg/220px-%E3%83%9C%E3%82%BF%E3%83%B3_%2834903779075%29.jpg)
Butang tekan ialah sejenis suis yang bertujuan mengawal fungsi sesuatu mesin secara langsung melalui sentuhan tangan atau jari daripada pengguna; permukaan komponen sebegini cenderung rata untuk memudahkan penekanan sedemikian.
Butang-butang ini lazim diperbuat daripada bahan keras seperti plastik atau logam.[1] Komponen-komponen tersebut turut dipasangkan dengan pegas dalaman untuk memudahkan ia kembali kepada kedudukan asal selepas ditekan.
Rujukan
- ^ "Push buttons and much more". thebuilderssupply.com. Dicapai pada 11 April 2013.